fbpx

Seorang lagi penguat kuasa ditahan kes suapan perlindungan nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan seorang lagi penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) berkaitan kes suapan pemerasan bagi perlindungan nelayan di perairan negeri ini.

Menurut sumber, penguat kuasa berpangkat Laskar Kanan Maritim berusia 33 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM negeri di sini kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Katanya, suspek kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil.

“Terdapat beberapa lagi tangkapan susulan akan dilakukan selepas ini membabitkan kes sama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Suzeliyana Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota berkenaan.

Kosmo! pada 3 Februari lalu melaporkan dua penguat kuasa APMM dan seorang nelayan direman bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan perlindungan kepada nelayan.

Dua anggota APMM berpangkat Laskar Kanan Maritim dan Bintara Muda Maritim gred T4 dan T5 ditahan selepas menerima aduan awam mengenai kegiatan dilakukan suspek.

Siasatan awal SPRM mendapati suspek disyaki meminta suapan antara RM1,000 hingga RM3,000 daripada beberapa pemilik bot nelayan berkenaan sejak dua hingga ke tiga tahun sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI