fbpx

Selamat ulang tahun – Ucapan Shuib buat Watie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Shuib dan Watie memasuki fasa serius apabila sudah memikirkan soal perkahwinan.

PETALING JAYA – Tanpa perlu lagi berselindung daripada pengetahuan umum seperti sebelum ini, Shuib secara terbuka menonjolkan hubungan istimewanya dengan kekasih yang juga usahawan, Watie Hanifiah.

Buat pertama kali selepas mengesahkan hubungan serius mereka minggu lalu, pelawak dan penyampai radio itu meninggalkan komen pada ruangan kapsyen perkongsian terkini Instagram Watie yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.

“Selamat ulang tahun,” tulis Shuib berserta emoji malu.

Watie yang menyambut ulang tahun ke-35 pada hari ini membalas ucapan kekasihnya dengan terima kasih.

Dalam perkongsian tersebut, usahawan itu berkongsi perkara-perkara membahagiakan yang sedang dilaluinya sekarang.

“Bertambah umur, bertambah matang, bertambah kenangan, bertambah tanggungjawab.

“Bertambah pengalaman, bertambah bilangan dan bertambah bahagia (berserta emoji cinta). Alhamdulillah, bertambah syukur. Oh, tertinggal lagi satu, bertambah gemoi (gemuk),” selorohnya.

Ruangan komen Shuib dikerumuni peminat yang rata-ratanya tertarik dengan ucapan duda beranak empat itu selain ada yang cuba mengusik.

“Ib (Shuib), jangan tunggu lama-lama nanti disambar orang,” komen seorang peminat.

Terdahulu pada minggu lalu, Shuib mengesahkan Watie sebagai wanita paling rapat dalam hidupnya kini yang merupakan takdir ditentukan oleh Tuhan.

Kehadiran usahawan itu disifatkan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad sebagai jawapan kepada rahsia masa depannya setelah kematian isteri, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, lebih setahun lalu.

Sebelum ini, hubungan mereka mula dihidu selepas peminat meneka pasangan itu kerap meluangkan masa bersama seperti menonton konsert dengan berpakaian sedondon.

Bahkan, perkongsian Shuib bergambar bersama anak-anaknya ketika malam makan di sebuah restoran menuai perhatian selepas peminat melihat pantulan imej Watie pada cermin.

Selepas kematian Siti Sarah akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021, Shuib kerap dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita antaranya Wan Sharmila dan Zara Zya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI