PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, di Perak kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Di Pantai Timur, amaran dikeluarkan buat kawasan-kawasan di Kelantan seperti Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai manakala di Terengganu adalah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).
“Cuaca yang sama turut diramalkan di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya.
Tambahnya, cuaca buruk tersebut turut diramal di Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Jelebu).
Sementara itu, kawasan-kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat di Sarawak adalah Kapit (Belaga) dan Bintulu manakala di Sabah adalah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE