fbpx

Real Madrid idam jadi juara Piala Kelab Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA terpaksa disisihkan pada aksi Piala Kelab Dunia kali ini kerana belum cergas sepenuhnya dan dalam proses pemulihan. – AFP

RABAT – Kelab gergasi La Liga, Real Madrid tetap meletakkan sasaran menjadi juara Piala Kelab Dunia edisi 2022 menjelang aksi separuh akhir menentang wakil Mesir, Al Ahly di Stadium Prince Moulay Abdellah awal pagi esok.

Bagaimanapun, persiapan skuad The Galacticos sedikit terjejas apabila terpaksa mengetepikan tiga pemain utama, Thibaut Courtois, Eder Militao dan Karim Benzema yang masih belum cergas daripada kecederaan.

Situasi tersebut tidak menghalang jurulatih, Carlo Ancelotti untuk tampil yakin dalam usaha melangkah ke pentas final, sekali gus memburu kejuaraan Piala Kelab Dunia buat kali pertama sejak edisi 2018.

Kata Ancelotti, semua pemain perlu memberikan yang terbaik dan tidak boleh mensia-siakan sebarang peluang dalam memastikan pasukan menjulang trofi utama pada kempen musim ini.

“Saya harap pemain kekal fokus dan tidak mempamerkan aksi sambil lewa memandangkan kejohanan Piala Kelab Dunia menjanjikan trofi yang berprestij. Kita juga masih ada beberapa lagi saingan penting seperti Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara.

“Justeru, setiap perlawanan sangat berharga meskipun harus diakui jadual ketika ini sa­ngat padat dengan pemain juga berdepan masalah kepenatan. Bagi kejohanan kali ini, tiga pemain kami tidak dapat dibawa ke Maghribi seperti Courtois, Mi­litao dan Benzema,” katanya.

Courtois mengalami kecede­raan serius ketika memanaskan badan sebelum perlawanan La Liga menentang Real Mallorca pada minggu lalu, manakala Benzema dan Militao pula masih lagi berada dalam proses pemulihan akibat kecederaan,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI