fbpx

Pengawal keselamatan maut, motosikal rempuh kereta buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas merempuh sebuah kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu semalam. - IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang sedang membuat pusingan U di Jalan Long Yunus di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa, Muhammad Fawwaz Ab. Razak, 20, yang berasal dari Jalan Telipot di sini meninggal dunia di lokasi apabila mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah sebuah stesen minyak di Jalan Long Yunus di sini.

Menurutnya, semasa mangsa tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Proton Inspira dipandu seorang wanita berusia 23 tahun yang berada di bahu kiri jalan dipercayai memasuki laluan utama untuk membuat pusingan U.

“Insiden itu menyebabkan laluan Muhammad Fawwaz terhalang sebelum gagal mengelak dan merempuh sisi kanan hadapan kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini untuk dibedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, nahas berpunca daripada tindakan pemandu kereta yang membuat pusingan U secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI