fbpx

Pemain import baharu Kelantan FC terima mesej ugutan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mesej ugutan bunuh menerusi Instagram yang diterima Rontini daripada peminat Kelantan FC.

KOTA BHARU – Pemain import baharu Kelantan FC, Christian Mangaron Rontini,24, menerima satu mesej ugutan bunuh daripada peminat skuad The Red Warriors (TRW) menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata, beliau kecewa dengan ugutan yang dilakukan oleh peminat TRW itu dan sudah meminta pihak pengurusan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara tersebut.

“Saya amat terkejut dan kecewa dengan tindakan peminat Kelantan yang menghantar ugutan bunuh kepada pemain baharu Kelantan FC, Christian Mangaron Rontini.

“Sebagai peminat yang bijaksana, (mereka) haruslah menyambut baik kehadiran pemain baharu lebih-lebih lagi Rontini adalah pemain import,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Zamsaham hari ini.

Menurut Norizam, peminat seharusnya menunjukkan budaya Malaysia yang peramah dan baik terutamanya budaya masyarakat Kelantan yang bertatasusila selagi tidak dikacau.

Katanya, ugutan bukan sesuatu perkara main-main dan berharap peminat Kelantan FC menjaga maruah.

“Takir (kutuk) takpe, jangan sampai ugut. Kesian pemain kita Rontini. Dia tertekan dan risau,” tambahnya.

Rontini merupakan pemain kelahiran Itali, namun mewakili pasukan negara Filipina sebelum ini beraksi untuk pasukan Penang FC pada musim lalu.

Pemain yang bermain di posisi pertahanan dan tengah itu menyertai pasukan TRW bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI