fbpx

‘No comment’ Nazrey terlibat konsert – Raihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAKU bekas vokalis, Nazrey Johani terbuka berkongsi pentas bersama Raihan pada Konsert Garis Masa Raihan pada 18 Februari ini.

SUNGAI BULOH – Anggota kumpulan Raihan, Che Amran Idris dan Abu Bakar Md. Yatim memilih pendekatan mengunci mulut berhubung isu penglibatan bekas vokalisnya, Nazrey Johani yang bersetuju untuk bersama-sama di atas pentas Konsert Garis Masa Raihan pada 18 Februari ini.

Menurut Che Amran atau lebih mesra disapa Che Am, dia enggan memberikan sebarang komen dan memohon maaf kerana tidak dapat mengulas lebih lanjut.

KETIGA-tiga ahli kumpulan Raihan mengunci mulut perihal membabitkan Nazrey Johani yang dikatakan akan menyertai mereka pada pentas Konsert Garis Masa Raihan.

No comment (tiada komen). Saya tidak ada dengar apa-apa tentang perkara ini.

“Saya lebih memilih untuk senyap dan saya mohon maaf kerana kami tidak boleh memberikan sebarang jawapan untuk perkara tersebut,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan Konsert Garis Masa Raihan, semalam.

Sementara itu, seorang lagi anggota, Abu juga mengambil langkah yang sama seperti Che Am untuk kebaikan bersama.

“Saya pun tiada komen, takut nanti akan menjadi lagi panjang. Keputusan untuk tidak memberikan kenyataan ini juga dibuat untuk kebaikan bersama,” ujarnya ringkas.

Sebelum ini, timbul kekeliruan berhubung isu penglibatan Nazrey dalam Konsert Garis Masa Raihan apabila penyanyi itu memaklumkan dijemput oleh bekas pengurus Raihan, Farihin untuk bersama-sama menjayakan acara tersebut.

SESI latihan sebagai persediaan Konsert Garis Masa Raihan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 18 Februari ini. Foto – SADDAM YUSOFF

Nazrey bagaimanapun sangat terbuka untuk menerima surat jemputan daripada Raihan dan tidak kisah jika dapat menyampaikan beberapa lagu dalam konsert tersebut.

Konsert Garis Masa Raihan yang dijadualkan pada 18 Februari ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam bermula pukul lapan malam.

Tiket konsert masih lagi dibuka untuk pembelian bermula dengan harga RM95 hingga RM500 menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI