PETALING JAYA – Malaysia berada di tangga ketiga negara pengeluar kenderaan di Asia Tenggara pada tahun lalu dengan pengeluaran sebanyak 702,275 buah kenderaan.
Menurut data yang dikeluarakan Pertubuhan Automotif ASEAN, jumlah tersebut termasuk kenderaan penumpang sebanyak 650,190 buah manakala kenderaan komersial sebanyak 52,085 buah.
Berada di tangga pertama pengeluar kereta terbanyak di Asia Tenggara adalah Thailand dengan 1,883,515 buah kenderaan dikeluarkan negara tersebut.
Mengikut pecahan, kenderaan penumpang sebanyak 594,057 buah manakala bagi kenderaan komersial pula adalah 1,289,458 buah.
Berada di tangga kedua adalah negara jiran Indonesia dengan pengeluaran sebanyak 1,470,146 buah kenderaan dikeluarkan tahun lalu.
Mengikut pecahan bagi kenderaan penumpang adalah sebanyak 1,214,250 buah manakala bagi kenderaan komersial pula adalah 255,896 buah.
Sementara itu, tiga lagi negara iaitu Vietnam, Filipina dan Myanmar masing-masing pula berada di tangga keempat hingga enam.
Vietnam mengeluarkan 232,410 buah, Filipina dengan 92,223 buah manakala Myanmar sebanyak 3,175 buah kenderaan tahun lalu. – KOSMO! ONLINE