fbpx

Mahkamah: “Saya tertekan kendali akaun AmBank Najib” – Joanna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekas Pengurus Perhubungan AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau tertekan ketika mengendalikan akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berjawatan Perdana Menteri.

Joanna Yu Ging Ping, 51, berkata, jika baki akaun pelanggan biasa kerap tidak mencukupi, akaun tersebut berisiko ditutup dan kesannya menyebabkan `cek tendang’ berlaku.

Ujar saksi pendakwaan ke-41, bagaimanapun beliau dimaklumkan bahawa jika baki akaun Najib tidak mencukupi, pihak bank tidak boleh menutup akaun demi menjaga reputasinya selaku Perdana Menteri.

Menurut Joanna, pengendalian akaun Perdana Menteri sangat mencabar kerana pihak bank tidak boleh melakukan sebarang kesilapan.

“Kita tahu Najib Perdana Menteri ketika itu. Adakah kita akan merisikokan reputasi beliau dengan melakukan kesilapan dimana akhirnya pihak bank yang akan merasa tertekan?,” ujar Joanna.

Saksi selanjutnya berkata, jika situasi sama berlaku kepada akaun individu lain, terdapat protokol di pihak cawangan untuk menutup akaun itu jika didapati baki di dalamnya sering tidak mencukupi.

Dalam pemeriksaan semula yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, saksi menyatakan sedikit terkejut ketika dimaklumkan bahawa beliau ditugaskan menjaga akaun peribadi Najib di AmBank.

Bekas pegawai AmBank itu menjelaskan, pada awalnya beliau diberitahu oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low bahawa Najib akan membuka akaun di bank itu.

Menurut Joanna, beliau dilantik sebagai pengurus perhubungan bagi akaun peribadi Najib kerana pernah mengendalikan akaun berkaitan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI