fbpx

Lelaki maut tersepit dalam nahas dengan MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Jalan Kuala Kangsar-Gerik berhampiran Restoran Tasik Raban, Lenggong hari ini. - IHSAN JBPM

LENGGONG – Seorang lelaki maut akibat kecederaan parah selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kuala Kangsar-Gerik berhadapan Restoran Tasik Raban di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali Eng Jin Sin, 45, yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta jenis Proton Wira.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 1.36 petang.

Katanya, sepasukan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki tersepit di bahagian penumpang kereta Proton Wira. Mangsa yang parah bagaimanapun disahkan maut oleh pegawai perubatan.

“Dua pemandu kereta berusia 51 dan 44 tahun hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi mengeluarkan mangsa tersepit dijalankan dengan menggunakan peralatan penyelamat.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 2.11 petang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI