fbpx

Lebih 900 Aduan Suri diterima, 95 peratus diselesaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (tiga dari kanan) menunjukkan antara barangan jualan Rahmah pada Majlis Pelancaran Aduan Suri di Pasaraya Lotus Tebrau, Johor Bahru, hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Sebanyak 95 peratus daripada aduan yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp ‘Aduan Suri’ telah diambil tindakan dan berjaya diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Fuziah Salleh berkata, ia melibatkan sebanyak lebih 900 aduan yang diterima sejak medium itu dilancarkan sejak 11 Januari lalu.

Katanya, kebanyakan aduan itu melibatkan kenaikan harga barang yang melampau, kekurangan bekalan dan penipuan pembelian di atas talian.

“Menerusi mekanisme ini, pengadu hanya perlu mengimbas kod QR tersebut dan akan terus disalurkan ke aplikasi WhatsApp aduan KPDN. Inisiatif ini diharap dapat menggalakkan para suri rumah untuk bertindak dalam memperkasakan hak sebagai pengguna.

“Kita sekarang dalam proses menambah baik sistem supaya lebih efektif dan efisyen, keduanya kita akan perluaskan hebahan penggunaan kod QR ini untuk ditampal di tempat awam termasuk di pasaraya dan di premis perniagaan.

“Ini bagi membolehkan pengguna membuat aduan secara serta merta. Setiap aduan yang diterima telah berjaya diselesaikan dalam tempoh 14 hari. Malah menerusi ‘Aduan Suri’ ini juga, maklum balas aduan segera dibuat dalam tempoh dua jam berbanding sehari sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Aduan Suri dan Program Jualan Rahmah peringkat negeri Johor di Pasaraya Lotus Tebrau di sini hari ini.

Pada tahun lalu, KPDN merekodkan data aduan sebanyak 29,965 aduan kepenggunaan, daripada jumlah itu 13,755 aduan adalah pengadu wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI