fbpx

Komplot lesen ‘gerenti lulus’ terus terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Rasuah lesen memandu ‘gerenti lulus’ terus terbongkar dengan penahanan dua pembantu penguat kuasa kanan sebuah agensi kerajaan yang disyaki terlibat dalam kes tersebut, hari ini.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira pukul 3 petang tadi ketika hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, penahanan suspek itu susulan penahanan terhadap seorang wanita yang merupakan pekerja sambilan dan pengajar lelaki sekolah memandu sama di Petaling Jaya, sebelum ini.

Katanya, kedua-dua suspek dari sekolah memandu itu disyaki meminta wang daripada calon ujian memandu sebagai dorongan bagi mendapatkan lesen ‘gerenti lulus’.

“Bagi kedua-dua pembantu penguat kuasa itu pula masing-masing dipercayai menerima wang tunai berjumlah RM1,750 dan RM750 bagi tujuan tersebut.

“Perbuatan mereka dilakukan pada tahun lalu,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan suspek-suspek tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Jelas beliau, kedua-dua suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok untuk permohonan reman.

Kosmo! pada 4 Februari lalu melaporkan kes rasuah lesen memandu ‘gerenti lulus’ nampaknya semakin panas apabila seorang lagi pengajar sekolah memandu di Petaling Jaya direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Reman itu terhadap lelaki berusia 71 tahun diperolehi sehari selepas seorang suspek wanita berusia 47 tahun yang juga pembantu tadbir kanan sebuah pihak berkuasa tempatan direman ketika melakukan perbuatan sama sewaktu bekerja sambilan di sekolah memandu milik ayah mentuanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI