fbpx

[KEMASKINI] 7 maut van terbabas turun Genting Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mayat mangsa insiden van terbabas ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands.

PETALING JAYA – Seramai tujuh individu disahkan maut selepas van dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di sini hari ini.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu berlaku ketika van yang dinaiki 15 orang sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

“Semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, mereka yang menaiki van itu merupakan kumpulan pelancong dari Pulau Pinang dan baru sahaja selesai mengunjungi Genting Highlands. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI