fbpx

Kegiatan gangster di Johor terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan (tengah) menandatangani plak perasmian sempena Majlis Perasmian Balai Polis Kelapa Sawit, Kulai, Johor hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

KULAI – Polis Johor akan terus memantau pergerakan kongsi gelap serta sebarang anasir gangsterisme temasuklah yang cuba berselindung dibawah jenama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, antara inisiatif dibuat pihaknya adalah dengan menjalin kerjasama dengan NGO-NGO melibatkan pelbagai sektor.

Menurut beliau, kerjasama itu telah terbukti berkesan mengawal keamanan dan kesejahteraan umum temasuklah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Memang kita ada senarai kongsi-kongsi gelap aktif di negeri ini, namun setakat ini kita masih dapat kawal dengan memastikan mereka tidak terlibat dalam sebarang insiden jenayah yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Berhubung gangsterisme yang bertopengkan NGO pula, buat masa ini kita tidak mengesan sebarang unsur sedemikian. Ini kerana Polis Johor banyak menjalankan kerjasama dengan pelbagai NGO untuk menjaga keamanan.

“Antara NGO itu termasuklah NGO kebajikan, NGO pendidikan, NGO kanak-kanak serta komuniti setempat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Balai Polis Kelapa Sawit, di Kulai, di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, Polis Johor kini sedang giat menyantuni murid dan pelajar sekolah melalui lantikan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) melibatkan sekolah-sekolah di negeri ini.

“Inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan aspek keselamatan di sekolah serta memantau sekiranya wujud cubaan merekrut pelajar untuk menyertai kumpulan kongsi gelap atau sekiranya terdapat cubaan menyeludup dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI