fbpx

Jiran pengotor buang air kecil, tuala wanita dari tingkap rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu berkenaan dilihat menuang satu cawan cecair berwarna kekuningan yang dipercayai air kencing keluar dari tingkap sebuah unit blok kediaman tiga tingkat. - Valiant Khong/Facebook

SINGAPURA  –  Seorang lelaki di  Toa Payoh, Singapura, mendedahkan sikap pengotor seorang jirannya yang gemar membaling sisa buangan dari cermin tingkap rumah pada setiap pagi, lapor portal berita Coconuts semalam.

Lelaki dikenali sebagai Valiant Khong itu menerusi kumpulan perbincangan di laman Facebook, Complaint Singapore, berkongsi klip  video memaparkan sikap jelik penduduk di kejiranan tersebut.

Dalam video itu, seorang jiran dilihat menuang satu cawan cecair berwarna kekuningan yang dipercayai air kencing keluar dari tingkap sebuah unit blok kediaman tiga tingkat.

Valiant berkata, individu tersebut melakukan perbuatan itu setiap pagi di antara pukul 5 hingga 6 pagi (waktu tempatan).

Antara bahan buangan yang sering dilontar  dari tingkap termasuk puntung rokok, tuala wanita, tisu dan sisa makanan.

Tambah Valiant, beberapa aduan telah dikemukakan kepada Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEW) namun,  tiada sebarang tindakan dilakukan sejak beberapa bulan lalu. 

Menurutnya, pihak berkuasa hanya mengeluarkan surat amaran dan enggan memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.

“Saya menggesa pihak berkuasa supaya melakukan sesuatu. 

“Terdapat kanak-kanak di kawasan kejiranan ini. Ia amat tidak bersih dan tidak sihat kebelakangan ini.

“Singapura merupakan sebuah negara maju di mata dunia. Justeru, kita perlu menghentikan pelaku daripada melakukan kesalahan yang sama,” ujarnya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI