fbpx

Harga sayur Terengganu dijangka kembali stabil menjelang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pengguna membeli sayur pada harga lebih murah pada program JTDL Masjid Al-Ikhwan di Kampung Gelong Bilal, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Harga sayur-sayuran di Terengganu yang melonjak sehingga 100 peratus pada masa ini dijangka bakal stabil semula menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu, Nukman Hashim berkata, peningkatan harga itu akan diimbangkan dengan pengeluaran daripada pekebun tempatan yang dijangka akan dapat mula dituai pada akhir bulan hadapan.

“Kenaikan (harga sayur) ini senario lazim di negeri-negeri Pantai Timur termasuk Terengganu setiap kali musim tengkujuh kerana kebanyakan kebun sayur dinaiki banjir.

“Begitupun, pekebun tempatan kini sudah mula melakukan penanaman semula sejak banjir besar reda pada awal bulan lalu,” katanya pada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Masjid Al-Ikhwan di Kampung Gelong Bilal di sini hari ini.

Nukman berkata, berdasarkan maklum balas pekebun tempatan, hasil pertanian mereka dijangka akan mula dapat dituai menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba pada akhir bulan depan.

Tambah beliau, sebagai penyelesaian jangka pendek juga FAMA negeri mengambil pendekatan menganjurkan program JTDL yang menawarkan sayur pada harga lebih murah.

“Program JTDL ini akan diadakan secara berkala di seluruh ini termasuk di kawasan pedalaman bagi membantu meringankan beban kos sara hidup pengguna,” katanya.

Kosmo! 6 Februari lalu melaporkan harga beberapa jenis sayur termasuk salad, tomato dan kacang panjang mengalami kenaikan mendadak sehingga 100 peratus sejak dua bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI