fbpx

Harga besi, simen naik lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
jangkaan peningkatan aktiviti ekonomi di China, susulan penamatan dasar Sifar Covid dilihat bakal membawa kepada kenaikan harga input pembinaan termasuk besi. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Indeks harga seunit besi dan simen masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak satu peratus dan 2.6 peratus pada Januari 2023 berbanding bulan sebelumnya untuk mencatatkan peningkatan tiga bulan berturut-turut.

Bagi perbandingan tahun ke tahun, indeks harga bagi seunit besi dan simen telah meningkat masing-masing sebanyak 1.4 pe­ratus dan 9.3 peratus pada bulan lalu, berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan harga bahan mentah dan arang batu, serta kos penghantaran yang lebih tinggi merupakan penyumbang utama terhadap kenaikan harga dalam pasaran simen di Malaysia.

Menurutnya, peningkatan indeks harga besi pula seiring dengan peningkatan harga bijih besi dan besi utama di peringkat global.

“Menurut Trading Economics,­ harga besi dijangka meningkat berikutan pemulihan aktiviti kilang di China pada Januari selepas penguncupan tiga bulan berturut-turut seperti yang dilaporkan oleh The China National Bureau of Statistics Manufactu­ring Purchasing Manager Index.

“Selain itu, penamatan dasar Sifar Covid di China dan pelbagai inisiatif untuk merangsang aktiviti pembinaan dijangka memperkukuh sektor hartanah dan permintaan perumahan.

“Jangkaan ini seterusnya akan meningkatkan permintaan untuk input pembinaan dan perindustrian yang menggunakan bahan daripada bijih besi dan besi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Uzir menyatakan purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high tensile deformed bars adalah RM3,599 bagi setiap tan metrik, peningkatan 0.7 peratus berbanding Disember 2022 pada RM3,576/ tan metrik.

“Purata harga simen (Ordinary Portland) pula mencatat­kan peningkatan 3.4 peratus iaitu RM21.66/50 kilogram (kg) berbanding RM20.95/50 kg pada Disember.

“Sementara purata harga pasir kekal tidak berubah iaitu RM36.32/tan metrik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI