fbpx

Gempa bumi ragut nyawa penjaga gol Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmet Eyup Turkaslan. - Twitter

ANKARA  –  Penjaga gol kelab bola sepak Turkiye, Ahmet Eyup Turkaslan meninggal dunia berikutan gempa bumi yang berlaku pada Isnin lalu di negara asalnya, kata Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Kematian Turkaslan disahkan oleh kelabnya, Yeni Malatyaspo semalam. Lebih 7,000 orang terkorban di Turkiye dan Syria berikutan gempa bumi kuat itu setakat ini.

“Penjaga gol kami, Ahmet Eyup Turkaslan, hilang nyawa selepas tertimbus dalam runtuhani. Kami tidak akan melupakan anda, anda seorang yang sungguh baik,” kata kelab itu dalam satu kenyataan di Twitter.

Turkaslan, 28, bermain enam kali untuk kelab divisyen dua Turkiye, Yeni Malatyaspor selepas menyertainya pada 2021.

Bekas pemain sayap Crystal Palace dan Everton, Yannick Bolasie yang kini bermain untuk pasukan divisyen dua Turki, Caykur Rizespor menulis di Twitter: “Takziah saya ucapkan kepada keluarga dan rakan sepasukan Turkaslan di Yeni Malatyaspor. 

“Sangat mendukacitakan mendengar berita ini dan kami berharap dapat terus membantu semua orang yang memerlukan,” tambahnya.

Turkaslan dilaporkan hilang pada Isnin lalu dan kelab itu kini memberi penghormatan kepada penjaga gol mereka selepas dia disahkan meninggal dunia semalam, lapor portal berita MailOnline.

Pada Isnin lalu, Turkiye dilanda gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter dan disusuli gempa bermagnitud 7.6  beberapa jam kemudian.

Kawasan barat laut Syria turut dilanda gempa bumi kuat 7.5 magnitud juga Isnin lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI