PETALING JAYA – Apollo 11 adalah misi luar angkasa berawak pertama yang berjaya membawa manusia ke bulan dan kembali dengan selamat.
Apollo 11 merupakan salah satu daripada projek Biro Angkasa Amerika Syarikat (NASA) dan dilancarkan pada 16 Julai 1969 menggunakan roket Saturn V dan tiba di bulan pada 20 Julai tahun sama.
Terbaharu, seorang editor filem yang dikenali dengan kepakaran ‘editing’ menggunakan emej janaan komputer (CGI) mendedahkan pendaratan tersebut adalah rekaan semata-mata.
Menerusi video di lama sosial editor tersebut dikenali Green Boss, video asal yang memaparkan salah seorang daripada angkasawan pertama yang menjejakkan kaki ke bulan itu sedang memegang bendera AS.
Tidak dipastikan siapakah angkasawan itu yang berkemungkinan Neil Armstrong ataupun rakannya Edwin Aldrin, namun kelakuan tersebut didakwa palsu.
Selepas beberapa kaedah talaan komputer dilakukan oleh Green Boss, ternyata bendera AS itu dipegang oleh seorang individu yang memakai sarung badan berwarna hijau.
Rata-rata pengguna media sosial juga ternyata terkejut dengan pendedahan tersebut dan ada juga yang menyatakan perkara itu sudah lama didedahkan.
“Kuat betul mereka edit, sampai ke bulan pun sanggup tipu orang ramai,” kata John Andora.
“Rasanya dah lama pendedahan ini, dan sampai sekarang NASA diam,” tulis Sapreen Collin.
“Panas di bulan 184 darjah Celsius pada malam hari dan siang 214 darjah Celsius, macam mana mereka boleh claim pernah jejak ke sana.
“Suhu di bumi 36.6 darjah celsius pun dah rasa panas,” jelas Norazmi Aziz. – KOSMO! ONLINE