fbpx

Bot nelayan Indonesia ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA nelayan Indonesia ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di Barat Daya Pulau Kendi semalam. - IHSAN APMM

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan asing yang dikendalikan lima kru Indonesia selepas didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, penahanan bot itu dilakukan di kedudukan 69.6 kilometer barat daya Pulau Kendi ketika melaksanakan rondaan, kira-kira pukul 9.10 malam.

“Pemeriksaan ke atas bot nelayan asing Indonesia ini mendapati bot dikendalikan oleh lima kru warga Indonesia berumur lingkungan 18 hingga 35 tahun.

“Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di perairan Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

“Bot serta kru ditahan termasuk hasil laut anggaran 20 kilogram dibawa di Jeti Limbungan Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut,” jelasnya.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI