fbpx

‘Bayi ajaib’ selamat selepas dilahirkan di sebalik runtuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan diletakkan di dalam inkubator. – AFP

ALEPPO – Seorang wanita melahirkan anak ketika terperangkap di bawah runtuhan bangunan semasa gempa bumi kuat melanda Turkiye dan Syria Isnin lalu, lapor stesen penyiaran Global News.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, anggota penyelamat dilihat menarik bayi wanita tersebut dari sisa runtuhan konkrit yang merupakan rumah mereka di Jinderis, sebuah pekan kecil di Aleppo, Syria. 

Wanita berkenaan, Afraa Abu Hadiya bagaimanapun meninggal dunia.

Menurut penduduk, mereka menemui bayi perempuan itu sedang menangis di sebalik runtuhan dalam keadaan tali pusat yang masih bersambung dengan ibunya, yang ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.

Seorang saudara bayi tersebut, Ramadan Sleiman berkata, kanak-kanak itu ialah satu-satunya ahli keluarga berkenaan yang terselamat.

Bayi tersebut ditemui di bawah runtuhan bangunan lima tingkat lebih 10 jam selepas gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter itu melanda. 

Dia dikejarkan ke hospital terdekat dan diletakkan di dalam inkubator. Dia berada dalam keadaan stabil,” kata doktor yang merawatnya, Dr. Hani Maarouf. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI