fbpx

Aplikasi pemudah cara sewa kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENERUSI aplikasi UDrive, orang ramai boleh menyewa pelbagai model kenderaan dengan lebih mudah dan pantas di seluruh negara.

PENGGUNAAN aplikasi telefon pintar sudah menjadi sebahagian dalam kehidupan seharian.

Malah, ia juga merupakan salah satu medium penyedia perkhidmatan yang boleh diakses pengguna menerusi hujung jari.

Pembangunan aplikasi sudah mencakupi pelbagai jenis perkhidmatan bagi membantu memudahkan urusan seharian, selain memenuhi keperluan orang ramai.

Kepelbagaian berkenaan turut melibatkan perkhidmatan sewa kenderaan di mana kini boleh dilakukan dengan satu urusan mudah menerusi aplikasi, UDrive Malaysia (UDrive), hasil ilham anak tempatan.

Menurut pengasas bersama, Lina Nadiah Zainal Abidin, 39, aplikasi UDrive merupakan platform perkongsian kenderaan dengan pengguna boleh menyewa atau memberi sewa kenderaan mereka secara atas talian.

“Idea untuk konsep perkhidmatan UDrive tercetus semasa pandemik Covid-19 apabila pendapatan rakyat terjejas dan ada yang kenderaan mereka ‘ditarik’ bank semasa tempoh itu.

“Melihat kepada keperluan kenderaan dan peluang menjana pendapatan, tercetus konsep perkongsian kereta ini.

“Melalui aplikasi ini orang ramai boleh menyewakan kereta menerusi aplikasi bagi memudahkan mereka mencari kereta sewa,” katanya kepada Infiniti baru-baru ini.

Tambahnya, UDrive mula didaftar dan dibangunkan pada Januari 2022 dan secara rasmi boleh dimuat turun oleh pengguna menerusi platform Google Play dan App Store pada Oktober tahun sama.

UDrive adalah hak milik syarikat UDrive (M) Sdn. Bhd. Ia diasaskan oleh Lina Nadiah bersama Muhammad Alif Adzlan dan Dr. Syahir Amzar.

LINA NADIAH (kanan), Muhammad Alif Adzlan (dua dari kanan) dan Dr. Syahir (kiri) bergambar dengan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.

Selain pembangunan aplikasi UDrive, syarikat itu turut menghasilkan satu lagi aplikasi mobil iaitu UDrive X. Ia menawarkan khidmat penghantaran kereta kepada pengguna aplikasi ‘UDrive Malaysia’.

Kongsi Lina Nadiah lagi, pemilihan nama UDrive adalah berdasarkan perkataan itu sendiri yang menggabungkan ‘U’ dan ‘Drive’, mewakili pemberi sewa dan penyewa.

“Penggunaan nama dan logo UDrive juga berkonsepkan lebih ‘funky’ dan moden.

“Ia sesuai dengan kumpulan generasi yang bakal menjadi sasaran pasaran pengguna terbesar UDrive pada lima tahun akan datang.

“Selain itu, aplikasi ini dibangunkan dengan sistem dan pengantara muka yang mudah difahami oleh pengguna meskipun kali pertama menggunakannya,” ujar graduan Ijazah Sarjana Ekonomi (Kewangan) dari Universiti Durham, United Kingdom itu.

Tambahnya lagi, aplikasi UDrive menggunakan sistem yang terbaik dalam menghubungkan tiga terma pengguna iaitu host, guest dan runner.

Penggunaan aplikasi tersebut bermula dengan pendaftaran pengguna untuk melihat senarai kereta sewa yang ditawarkan.

Setiap pendaftaran akan disemak terlebih dahulu oleh pihak pemaju dan pengguna yang memiliki lesen kenderaan sah sahaja diluluskan.

Ia bagi memastikan keselamatan kenderaan disewa sentiasa terjamin.

Di dalam aplikasi pula, sekiranya penyewa sudah menempah kenderaan yang ingin disewa, pemberi sewa boleh memilih untuk menghantar sendiri kenderaan kepada pelanggan atau menggunakan khidmat UDrive X.

Aplikasi UDrive sudah diintegrasikan dengan gerbang pembayaran oleh syarikat SenangPay untuk kemudahan pembayaran semasa menggunakan aplikasi ini.

Berkongsi tentang perancangan jangka Panjang UDrive, Lina Nadiah memberitahu, pihaknya menyasarkan untuk menjadikan penggunaan aplikasi itu sebagai salah satu norma dalam kehidupan di Malaysia dan dunia.

“Setiap tahun, saya merancang perkembangan UDrive dengan setiap tempat tinggal mempunyai penyedia kereta sewa yang terdekat.

“Selain itu, kita merancang untuk menambah satu lagi perkhidmatan iaitu pemandu peribadi yang boleh dilanggan pengguna secara jam atau hari.

“UDrive juga menyasarkan untuk bekerjasama dengan semua syarikat insuran am dalam usaha merealisasikan dan merevolusikan industri car sharing.

“Pada masa sama, kami ingin menawarkan perkhidmatan penjejak GPS (sistem kedudukan global) kepada pemilik kereta,” kongsinya.

Tambahnya lagi, setakat ini, UDrive mempunyai jumlah muat turun aplikasi lebih 10,000 dengan 5,000 daripadanya merupakan pengguna aktif sehingga ke hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI