fbpx

8,907 unit cecair vape, peranti dirampas bernilai RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELBAGAI jenis cecair vape serta peranti yang berjaya dirampas daripada seorang lelaki di Taman Flora Utama, Batu Pahat, Selasa lalu.

BATU PAHAT – Sebanyak 8,907 unit pelbagai jenis cecair vape serta peranti berjaya dirampas hasil penahanan seorang lelaki melalui satu serbuan di sebuah premis di Taman Flora Utama dekat sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komisioner Ismail Dollah berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Unit Risikan Marin, Pasukan Polis Marin Wilayah 2 melakukan serbuan itu pada jam 4.30 petang.

Katanya, dalam serbuan tersebut, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki penjaga dan pemilik premis berkenaan berusia lingkungan 40 tahun.

“Polis juga merampas sebanyak 8,907 unit pelbagai jenis cecair vape dan peranti dengan harga pasaran dianggarkan berjumlah RM300,000,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Ismail lagi, suspek yang ditahan didapati negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah serta tiada rekod jenayah.

Ujarnya, suspek ditahan reman selama tiga hari bermula Selasa sehingga 10 Februari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI