fbpx

Rakyat Denmark ‘memberontak,’ bantah mansuh cuti umum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Christiansborg di hadapan bangunan Parlimen Denmark di Copenhagen, kelmarin. – AFP

COPENHAGEN, DENMARK – Beribu-ribu orang berkumpul di Copenhagen kelmarin kerana membantah  rang undang-undang  yang digariskan kerajaan untuk menghapuskan satu cuti umum di Denmark, lapor laman berita Wion News.

Mereka menentang usul membatalkan cuti umum dikenali sebagai Great Prayer Day.  Ia merupakan cuti umum mengikut agama Kristian dan jatuh pada hari Jumaat keempat selepas sambutan Easter. Great Prayer Day  mula diraikan sejak 1686.

Protes tersebut dianjurkan oleh beberapa kesatuan buruh terbesar Denmark dengan anggaran sekurang-kurangnya 50,000 orang mengambil bahagian sekali gus  demonstrasi terbesar pernah diadakan di Denmark dalam tempoh lebih sedekad.

Pembatalan cuti umum itu dicadangkan pada Disember tahun lalu bagi membantu meningkatkan hasil cukai untuk menampung perbelanjaan pertahanan lebih tinggi berikutan perang Ukraine.

Kerajaan Denmark sebelum ini mencadangkan untuk bergerak ke hadapan dalam tempoh tiga tahun hingga 2030 bagi mencapai matlamat untuk memenuhi sasaran perbelanjaan pertahanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebanyak dua peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Menurutnya, pertambahan sebanyak AS$654 juta (RM2.7 juta) yang diperlukan untuk memenuhi sasaran tersebut mungkin boleh dicapai dengan adanya hasil cukai lebih tinggi yang dijangka boleh dikumpul dengan menghapuskan cuti umum.

Bagaimanapun, kesatuan -kesatuan sekerja, barisan ahli politik parti pembangkang serta pakar-pakar ekonomi mempersoalkan impak  daripada cadangan itu.

Sebilangan pakar ekonomi berkata, cadangan tersebut tidak mungkin mempunyai kesan berpanjangan kerana pekerja akan mencari kaedah lain bagi menyesuaikan waktu bekerja mereka. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI