fbpx

Pekerja stesen TV mati di meja pejabat akibat dipaksa kerja ‘overtime’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarawut ditemui mati di meja pejabat Jumaat lalu akibat serangan jantung. – Coconuts

BANGKOK – Sebuah stesen televisyen di Thailand berjanji untuk memberi pampasan kepada keluarga seorang kakitangannya yang meninggal dunia di meja pejabat disebabkan bekerja lebih masa, lapor portal berita Coconuts hari ini.

Thai News Network (TNN) semalam mengumumkan bahawa pihaknya  akan menghormati kematian Sarawut ‘Bird’ Srisawas dengan membayar pampasan bernilai bersamaan dengan 24 kali gaji bulanannya serta pampasan insurans.

“Bagi pihak syarikat, kami amat menyesali kehilangan ini. Syarikat akan membuat yang terbaik untuk membantu keluarga Sarawut,” demikian menurut kenyataan dikeluarkan jabatan sumber manusia.

Mendiang merupakan seorang pekerja kanan di TNN. Dia ditemui mati di meja pejabat Jumaat lalu akibat serangan jantung.

Akaun media sosial lelaki itu pertama kali dikongsikan menerusi laman Facebook Jor Dub, yang turut mengikuti beberapa media Thailand.

Ia menjelaskan bahawa Sarawut kerap  bekerja lebih masa dengan ada waktu dia perlu bekerja tujuh hari berturut-turut dan mula jatuh sakit.

“Meskipun ketika mengambil cuti sakit selama dua hari, dia diarah masuk ke pejabat (stesen televisyen) untuk bekerja,” demikian menurut keterangan di laman Facebook tersebut.

Insiden itu menjadi kontroversi di media sosial dengan ramai yang mengkritik pengurusan TNN kerana membebankan pekerja dengan memaksa mereka bekerja lebih masa. 

“Industri media mempunyai budaya kerja yang melanggar undang-undang buruh terutamanya media online yang mempunyai persaingan sengit,” kata Naib Presiden Persatuan Wartawan Thailand, Teeranai Charuvastra.

Tambahnya, kerja lebih masa tanpa bayaran dan syif berterusan membuatkan pekerja tidak cukup rehat. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI