fbpx

Mayat bayi perempuan dibuang dalam kotak sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat bayi perempuan yang ditemui di dalam kotak hadapan rumah kebajikan di Lestari Perdana 1, Seri Kembangan, Serdang, hari ini.

SERDANG – Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui di dalam kotak sampah di hadapan rumah kebajikan di Lestari Perdana 1, Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, bayi tersebut berbalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg oren sebelum ditemui pekerja pengutip sampah, pukul 9.30 pagi tadi.

Katanya, anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima panggilan Mers 999 dimaklumkan berlaku kes pembuangan bayi pada 10.05 pagi.

“Mayat bayi akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan siasatan masih diteruskan.

“Pihak polis mengalu-alukan jika ada sebarang maklumat mengenai kelahiran bayi terbabit boleh tampil ke mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Anbalagan, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI