fbpx

Masih ada kecuaian kecil di peringkat penguatkuasaan- PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Februari 2023 di PUSPANITAPURI, Putrajaya di sini, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan masih ada sedikit kecuaian di peringkat penguatkuasaan perkhidmatan awam sekali gus dilihat menyukarkan golongan rakyat untuk mendapat perkhidmatan kerajaan secara terbaik.

Perdana Menteri berkata, sekiranya perkara itu tidak ditangani, ia akan menyebabkan golongan rakyat menjadi resah selain tidak dapat menterjemahkan maksud pembebasan manusia daripada segala bentuk penghambaan.

“Tapi tentunya masih ada di peringkat penguatkuasaan saya lihat sedikit sebanyak kecuaian, ada yang kalau tidak kita tangani akan sebabkan rakyat resah.

“Kita kata bebaskan penghambaan, tetapi kalau terpaksa berbaris berjam-jam untuk dapatkan apa-apa lesen dan sebagainya, saya selalu ambil contoh jika perlu berbaris di situ.

“Kalau dikatakan kajian Perbendaharaan, Bank Negara, Khazanah dan Unit Perancangan Ekonomi, kadar kemiskinan menurun, miskin tegar sekian peratus, apa kata kalau keluarga saya dalam kategori itu,” katanya ketika berucap pada Perjumpaan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Puspanitapuri di sini tadi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sekiranya rakyat melihat daripada konteks berkenaan, maka maksud bebaskan manusia daripada bentuk penghambaan yang memberi makna kepada konsep Madani dapat diterjemahkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI