fbpx

Mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 5,021 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mangsa-mangsa banjir berpindah di Kuantan baru-baru ini.

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat mendadak apabila seramai 5,021 mangsa direkodkan hari ini berbanding 1,310 mangsa yang direkodkan semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa daripada 1,489 keluarga dipindahkan ke 28 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuantan dan Pekan.

“Daerah Pekan menjadi daerah terbaharu merekodkan mangsa banjir apabila seramai 113 mangsa daripada 33 keluarga dipindahkan ke empat PPS.

“Daerah Kuantan masih merekodkan jumlah mangsa yang terbanyak iaitu seramai 4,908 mangsa daripada 1,456 keluarga yang ditempatkan di 24 PPS,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini Sungai Belat di Kuantan dan Sungai Keratong di Rompin merekodkan paras bahaya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI