fbpx

Mainan Star Wars dilelong RM3.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
: Kesemua barangan ini disimpan di dalam almari selama 45 tahun dan kekal di dalam kotak asal. – BNPS

HARRISBURG, Pennsylvania – Sebuah koleksi mengandungi lebih 400 mainan Star Wars yang disimpan di dalam bungkusan asli dijual pada harga AS$750,044 (RM3.19 juta) dalam satu lelongan di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kesemua barangan itu disimpan di dalam almari selama 45 tahun. Ia termasuk lima mainan watak Luke Skywalker beserta pedang lightsaber teleskopik berganda.

Senjata awal watak Star Wars, Jedi itu kemudiannya digantikan dengan plastik teleskopik oleh pengeluar barang mainan, Kenner kerana pembuatannya amat rumit.

Satu daripada barangan itu dijual pada harga AS$41,819 (RM178,087) dalam lelongan sama.

Terdapat juga lapan patung watak Boba Fett, dengan satu daripadanya dijual pada harga AS$13,141 (RM55,972) selain sebuah kotak berisi 24 patung Yoda yang tidak pernah dibuka, turut mencatat harga lelongan AS$22,139 (RM94,297).

“Melihat koleksi mainan ini bagaikan melihat barangan tersebut di kedai mainan pada era lewat 1970-an. Apa sahaja barangan Star Wars yang anda mahukan ketika itu berada di sini.

“Kesemua barangan itu tidak disentuh dan berada di dalam kotak yang dibungkus rapi,” kata jurucakap firma lelongan Morphy Auctions, Chuck Lang.

Penjual koleksi tersebut yang kini berumur dalam lingkungan 70-an, dikatakan membeli berbilang barangan itu secara terus daripada Kenner untuk diberikan kepada anak-anaknya dengan sebahagiannya disimpan.

“Anak-anaknya bagaimanapun tidak menunjukkan minat, oleh kerana itu dia menyimpan mainan tersebut di dalam kotak asal,” kata firma lelongan tersebut. – Agensi

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI