fbpx

Lamborghini pernah dimiliki Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jenama kereta ‘supercar’ Lamborghini tidak perlu diperkenalkan lagi, malah kemahsyuran jenama tersebut pasti sahaja semua masyarakat mengenalinya.

Namun, sebenarnya jenama kereta dari Itali ini sebenarnya pernah dimiliki oleh salah sebuah syarikat tempatan kita.

Selain pegangan saham Lotus milik United Kingdom pernah diambil alih oleh Proton, Lamborghini juga telah dimiliki Malaysia pada 1994.

Menurut laman sosial Patriots, menjelang tahun 1978, syarikat Lamborghini diisytihar ‘bankrupt’ sehingga membawa kepada penjualan secara ‘lelong’ dibuat pada tahun 1981.

Lamborghini kemudiannya dijenamakan semula sebagai ‘Nuova Automobili Lamborghini SpA’ selepas syarikat itu dibeli oleh pasangan adik beradik hartawan, Patrick Mimran dan Jean Claude.

Setelah itu, pada tahun 1987, kepimpinan Lamborghini bertukar tangan sekali lagi, setelah syarikat Chrysler Corporation membeli keseluruhan saham Lamborghini.

Pemilikan Chrysler juga tidak bertahan lama, bila mana Lamborghini dijual kepada firma pelaburan Malaysia (Mycom Setdco) dan syarikat gergasi Indonesia (V’Power Corporation) pada tahun 1994.

Disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda dunia pada 1998, Audi Group kemudiannya mengambil alih ‘Automobili Lamborghini SpA’ daripada syarikat Mycom dan V’Power dan kekal sehingga ke hari ini.

Di bawah pengurusan Audi Group, Lamborghini berjaya mengembalikan semula zaman kegemilangannya dengan pengeluaran model-model ‘ultraluxury’ sepertimana yang kita dapat lihat hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI