fbpx

Laluan utama Jerantut – Benta ditutup berikutan mendapan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LALUAN utama Jerantut-Benta ditutup ekoran mendapan tanah.

JERANTUT – Ratusan kenderaan dari Damak terkandas di Jalan Benta – Jerantut di sini hari ini berikutan berlaku mendapan tanah susulan hujan lebat dan banjir.

Laluan utama tersebut ditutup untuk semua kenderaan hari ini berikutan mendapan tanah di kawasan struktur jalan dan pembetung semakin melebar dan hampir terputus.

Susulan itu pengguna jalan raya yang melalui laluan itu terpaksa berpatah balik memandangkan jalan alternatif untuk kenderaan ringan dan motosikal melalui kawasan ladang sawit turut tidak dapat dilalui kerana ditenggelami air.

Seorang buruh ladang, Sabri Mamat, 36, berkata, dia sempat melintas laluan berkenaan dengan motosikal pada pukul 8 pagi hari ini untuk ke tempat kerja di Ulu Cheka.

“Ketika saya melalui di sini, keadaan mendapan tanah sudah teruk dan langsung tidak boleh dilalui kenderaan, manakala air memenuhi kawasan ladang sawit berdekatan akibat hujan lebat sejak dua hari lalu.

“Sekiranya kerosakan lambat dibaiki, kami rata-rata kalangan penduduk berpendapatan rendah dan ada yang cuma mengambil upah harian amat sukar ke tempat kerja,”katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatan Kuasa Pembangunan Keselamatan (JPKK) Damak, Zulkifly Mahmud, 56, berkata, penduduk terputus hubungan memandangkan laluan tersebut adalah laluan utama penduduk.

Katanya jalan ini menjadi laluan utama, penduduk Kampung Batu Balai, Kampung Damak, Kampung Som, Ulu Cheka dan beberapa kawasan lain untuk ke bandar Jerantut dan Benta.

“Memandangkan laluan ini antara kemudahan yang amat penting, JPKK berharap kerajaan segera membaikpulih kerosakan pembetung dan kawasan mendapan yang menyebabkan laluan terputus ini.

“JPKK amat berharap usaha baik pulih segera dilakukan supaya kenderaan dari dua hala boleh melalui semula utama ini lebih lagi ke tempat kerja lebih lagi bulan Ramadan bakal tiba untuk penduduk berbelanja di bandar Jerantut,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI