fbpx

Korban gempa Turkiye, Syria meningkat kepada lebih 3,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk menyelamatkan seorang gadis yang cedera dari bangunan yang runtuh di bandar Jandaris, barat laut Syria, semalam. - AFP

ANKARA  – Korban gempa bumi kuat yang menggegarkan Turkiye dan Syria semalam meningkat kepada lebih 3,800 orang, manakala beribu-ribu bangunan dan kediaman runtuh.

Sekurang-kurangnya 1,444 orang terkorban di serata Syria kelmarin, kata kerajaan dan pasukan penyelamat.

Angka korban baharu itu menjadikan jumlah kematian keseluruhan di kedua-dua buah negara meningkat kepada sekurang-kurangnya 3,283 orang selepas Turkiye mengemas kini bilangan kematiannya kepada 2,379.

Hampir 14,500 orang cedera dan 4,900 bangunan runtuh, kata Ankara dalam satu pengumuman lewat semalam. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI