fbpx

Kes Ebit Lew: Mahkamah tolak keterangan dua saksi secara tertutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit tiba di Mahkamah Majistret Tenom bagi menghadiri hari pertama sambungan perbicaraan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya.

TENOM – Permohonan pendakwaan bagi mengambil keterangan secara tertutup melibatkan dua saksi kes gangguan seksual pendakwah terkenal, Ebit Lew ditolak Mahkamah Majistret Tenom hari ini.

Majistret Nur Asyrat Zolhani memaklumkan mahkamah berpendapat tiada sebab untuk mahkamah mendengar perbicaraan menerusi kamera seperti di bawah Seksyen 101 Akta Mahkamah Rendah 1948.

Melalui keputusan itu, mahkamah tidak membenarkan keterangan pegawai analisis forensik, Inspektor Yip Chang Ching diambil melalui kamera memandangkan kes itu melibatkan jenayah seksual dan bukti dijangka boleh bersifat bahan lucah.

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria dalam permohonannya meminta mahkamah memberi kebenaran dua saksi pendakwaan iaitu pengadu dan Chang Ching diambil keterangan menggunakan kamera.

Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021 dan didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI