fbpx

Kena azab di kubur sebab kencing tak habis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Kencing atau membuang air kecil boleh membuatkan seseorang itu boleh diazab di kubur nanti sekiranya tidak keluarkan najis itu sehingga habis.

Satu pencerahan yang dilakukan oleh penceramah selebriti @ustazkembar melalui media sosial berkata, dalam Islam umatnya disunatkan untuk ‘berdehem’ selepas buang air kecil.

“Antara sebabnya adalah, selepas kita kencing baki air kencing itu masih lagi bersisa dalam kemaluan masing-masing.

“Sebab itu dalam Islam, kita disunatkan untuk berdehem selepas buang air kecil itu untuk keluarkan semua air kencing,” jelasnya.

Tambahnya, bagi lelaki juga turut disunatkan untuk melurut kemaluan sebanyak tiga kali selepas kencing bagi mengeluarkan baki air kencing yang.

“Sama juga bagi kaum wanita untuk menekan bahagian atas kemaluan sebanyak tiga kali bagi mengeluarkan sisa air kencing,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI