ANGGOTA kumpulan Aespa iaitu Karina berkongsi pengalaman seram yang dialami ketika berada di dalam lif bersama Winter.
Semasa bersiaran langsung baru-baru ini, Karina memberitahu dia terlibat dalam kejadian aneh sehingga membuatkan rakan sekumpulannya itu menangis.
“Ada suatu hari, selepas habis sesi rakaman untuk program GOT The Beat, kami pulang ke bilik masing-masing pada awal pagi.
“Kami menaiki lif untuk ke bilik masing-masing. Tetapi tempat tinggal kami hanya ada lapan tingkat
“Pada hari itu, ketika berada di dalam lif tersebut, suara pengumuman mengatakan tingkat 14,” katanya.
Dalam siaran langsung bersama peminat itu, Karina meneruskan cerita seram tersebut.
“Bukankah kejadian tersebut menakutkan? Lif tersebut membuat pengumuman lagi ‘tingkat 14’ tetapi berhenti agak lama,” ujarnya yang cuba meyakinkan diri bahawa alat pengumunan suara lift berkenaan mengalami kerosakan teknikal.