fbpx

Gempa bumi Turkiye dirasai hingga ke Greenland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gegaran di Turkiye turut dirasai di Greenland. - MailOnline

NUUK, Greenland – Gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye serta Syria dan mengakibatkan beribu-ribu orang terkorban turut dirasai di Greenland, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ia dikesan sejauh 5,461 kilometer di pantai timur Greenland kira-kira lapan minit selepas gegaran pertama berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku pada pukul 4.17 pagi (waktu Turkiye).

Beribu-ribu orang mati dan ramai lagi dilaporkan terperangkap atau cedera di bawah runtuhan bangunan di Turkiye dan Syria ketika operasi menyelamat diteruskan.

“Gempa bumi besar di Turkiye telah direkodkan dengan jelas pada seismograf (alat pengukur kekuatan gempa) di Denmark dan Greenland,” kata ahli seismologi, Tine Larsen dari Pusat Kajian Geologi Denmark dan Greenland (GEUS).

Gempa bumi pertama berukuran 7.8 pada skala Richter direkodkan pada kedalaman 17.7 km di bandar Gaziantep yang menempatkan kira-kira dua juta penduduk, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).

“Ombak terhasil akibat gempa bumi direkodkan oleh seismograf di Pulau Bornholm, Denmark sejauh kira-kira 5,632 kilometer sekitar lima minit selepas gegaran bermula.

“Lapan minit selepas itu, gegaran dirasai di pantai timur Greenland sebelum merebak ke seluruh Greenland,” jelas Larsen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI