fbpx

Ebit tiba di Mahkamah Majistret Tenom, hadiri sambungan perbicaraan kes gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit tiba di Mahkamah Majistret Tenom bagi menghadiri hari pertama sambungan perbicaraan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya.

TENOM – Pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di Mahkamah Majistret Tenom sebentar tadi untuk menghadiri sambungan perbicaraan pertuduhan gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya.

Ebit tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.10 pagi dengan menaiki kereta jenis pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam selain diiringi beberapa kenderaan lain.

Mengenakan pakaian serba hitam dan berkopiah, Ebit yang ditemani peguam serta sekumpulan individu kelihatan dalam keadaan tenang dan memberikan senyuman ketika memasuki pintu utama mahkamah.

Ebit pada 18 Februari tahun lalu didakwa atas 11 pertuduhan melibatkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021.

Terdahulu, pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan Ebit dibebaskan dengan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan.

Ebit didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI