fbpx

Agensi terlibat perlu lapor segera infrastruktur rosak akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rubiah (duduk di tengah) ketika Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) 2022, di Dewan Mutiara Wawasan, Butterworth hari ini.- Foto oleh IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meminta agensi berkaitan melaporkan sebarang kerosakan infrastruktur akibat banjir bagi membolehkan isu terbabit dapat ditangani segera.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, kesemua agensi dan jabatan perlu saling membantu menyalurkan maklumat bagi memudahkan pihaknya mengambil tindakan.

“Usaha kita adalah cuba membantu bukan sahaja menyediakan kemudahan semasa banjir, tetapi kita juga akan membantu menjalankan kerja pembaikan infrastruktur yang terkesan disebabkan banjir.

“Walau bagaimanapun jika laporan kerosakan yang diterima membabitkan agensi lain, kita akan cuba berunding antara kedua-belah pihak supaya penambahbaikan dapat dilakukan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis anugerah perkhidmatan cemerlang di Wisma Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di sini.

Dalam perkembangan lain, Rubiah turut memuji usaha Perda membangunkan projek agrotourism Tasek Gelugor yang bakal berfungsi sebagai pemangkin ekonomi luar bandar.

“Kawasan ini dilengkapi infrastruktur asas seperti jeti, ruang parkir kenderaan dan depoh rehat. Pelbagai program riadah antaranya aktiviti menaiki bot, memancing selain gerai jualan yang diusahakan penduduk membantu menjana pendapatan masyarakat setempat.

“Selain itu, program ini turut dapat memelihara dan memulihara alam semulajadi, budaya dan adat resam masyarakat setempat,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI