fbpx

53 kenderaan kena saman kurang tempoh 3 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN 297 buah kenderaan yang diperiksa dalam operasi penguatkuasaan JPJ Pulau Pinang dekat Jalan Ampang Jajar, Butterworth, di sini Sabtu lalu.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 53 buah kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di sekitar Jalan Ampang Jajar, Butterworth, di sini Sabtu lalu.

Menurut JPJ Pulau Pinang dalam satu kenyataan, operasi selama dua jam setengah itu bermula kira-kira pukul 9 pagi dan melibatkan seramai 12 anggota secara keseluruhannya.

Jelas kenyataan itu, penguatkuasaan dibuat di bawah Akta Pengangkutan Jalan ( APJ ) 1987 dan Kaedah-kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat ( APAD ) 2010.

Katanya, secara keseluruhan, sebanyak 297 buah kenderaan telah diperiksa dalam operasi berkenaan.

“Antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak memiliki lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

“Selain itu, terdapat beberapa kesalahan teknikal lain yang turut dikesan seperti menggunakan cermin gelap, lampu isyarat kenderaan dan brek yang tidak berfungsi, pengubahsuaian motosikal tanpa kebenaran serta nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi dibenarkan,” katanya.

Dalam pada itu, JPJ Pulau Pinang turut menasihatkan para pengguna jalan raya di negeri ini supaya mematuhi pada peraturan dan undang-undang semasa pemanduan.

Pada masa sama, mereka juga diingatkan agar memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat semasa di jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI