fbpx

Wanita kritikal selepas diserang singa peliharaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Singa bernama Salome itu akan dipindahkan secara kekal ke persekitaran lebih sesuai. - Jam Press

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang wanita di Mexico terpaksa menerima rawatan di hospital selepas diserang oleh seekor singa peliharaan yang meloloskan diri dari rumah pemiliknya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Wanita tersebut, Lila Hernandez, 40, kini berada dalam keadaan kritikal selepas singa betina berusia dua tahun bernama Salome itu menyerangnya.

Singa tersebut dilaporkan turut menyerang beberapa haiwan lain di kawasan berkenaan dan membunuh sekurang-kurangnya seekor anjing sebelum menyerang Hernandez di tepi jalan pada kira-kira pukul 9.30 pagi (waktu tempatan), Selasa lalu.

Ia akhirnya ditangkap oleh pemiliknya yang menyembunyikan haiwan itu di dalam sebuah kenderaan. Dia pada mulanya enggan menyerahkan singa tersebut kepada pihak berkuasa.

Pemiliknya yang hanya dikenali sebagai Giovanni berkata, dia mempunyai semua permit yang diperlukan untuk menyimpan singa Afrika itu di rumahnya.

Dia juga mendakwa haiwan itu melarikan diri selepas rumahnya dipecah masuk oleh pencuri yang membiarkan pintu kediamannya terbuka.

Haiwan tersebut telah dipindahkan ke Taman Rodolfo Landeros yang terletak berhampiran dengan kawasan tersebut.

Susulan kejadian itu, Giovanni turut bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memindahkan singa secara kekal ke persekitaran lebih sesuai dan berjanji untuk menampung kos perubatan mangsa.- Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI