fbpx

Penduduk Nauru paling kuat merokok, Ghana paling sedikit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Nauru menyaksikan sebuah perlawanan bola sepak di Aiwo pada 1 September 2018.- AFP

WASHINGTON – Negara pulau di Lautan Pasifik, Nauru menduduki tempat pertama dari segi bilangan orang dewasa yang paling ramai menghisap rokok bagi tahun 2020, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut World Development Indicators, sebuah laman yang merekodkan trend merokok, sebanyak 48.5 peratus orang dewasa merupakan perokok di pulau yang mengandungi 12,500 penduduk itu bagi tahun tersebut.

Laman tersebut menyenaraikan statistik yang menunjukkan peratusan golongan lelaki dan wanita berumur 15 tahun ke atas yang menghisap produk tembakau pada setiap hari atau bukan setiap hari bagi tempoh 2000 hingga 2020.

Selepas Nauru, Myanmar menduduki tempat kedua dengan 44.1 peratus penduduk dan diikuti dengan Kiribati di kedudukan ketiga (40.60 peratus).

Serbia berada di tempat keempat dengan 39.80 peratus bagi orang dewasa yang menghisap rokok dan diikuti dengan Papua New Guinea (39.30 peratus), Timor Leste (39.20 peratus), Bulgaria (39 peratus), Lubnan (38.20 peratus), Indonesia (37.60 peratus) dan Latvia 37 peratus.

Malaysia pula berada dalam kelompok di bawah 25 peratus golongan dewasa yang menghisap rokok apabila mencatatkan 22.5 peratus pada 2020 berbanding 29.5 peratus pada 2000.

Sementara itu, Ghana yang mempunyai penduduk seramai 33 juta orang mendahului senarai negara dengan penduduk paling kurang menghisap rokok dengan mencatatkan kadar hanya 3.5 peratus.

Ia diikuti dengan Nigeria (3.7 peratus), Panama (lima peratus), Ethiopia (5.1 peratus), Turkmenistan (5.5 peratus), Sao Tome and Principe (5.7 peratus), Togo (6.8 peratus), Benin (6.9 peratus), Senegal (6.9 peratus) serta Cameroon (7.3 peratus). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI