fbpx

Pembantu tukang masak pukul majikan direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas bergaduh dengan pekerjanya di belakang sebuah restoran di Jalan Stadium, Alor Setar pada Sabtu lalu.

ALOR SETAR – Pembantu tukang masak yang disyaki memukul majikannya sehingga maut di belakang sebuah restoran di Jalan Stadium di sini pada Sabtu lalu direman tujuh hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tempoh reman terhadap lelaki berusia 55 tahun itu berakhir pada 11 Februari ini.

“Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, kata beliau, suspek tidak mempunyai rekod lampau manakala ujian urin ke atasnya juga mendapati dia negatif dadah.

Difahamkan, kira-kira lima saksi telah dipanggil memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang pembantu tukang masak bertindak di luar dugaan apabila menumbuk dan memukul majikannya menggunakan kayu ketika mereka bergaduh di restoran tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI