fbpx

Panik diserbu semasa berdua-duaan punca remaja kemalangan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta yang dipandu pelajar lelaki yang membawa pelajar perempuan dalam keadaan bogel terlibat dalam kemalangan di bandar Jambi pada Jumaat lalu. - Istimewa

JAKARTA – Seorang pelajar lelaki yang memandu sebuah kereta dengan pelajar perempuan berumur 16 tahun di tempat duduk hadapan sebelum terlibat dalam  kemalangan di bandar Jambi  Jumaat lalu, akhirnya membuat pengakuan kepada polis, lapor portal berita CNN Indonesia kelmarin. 

Ketua Polis Jambi, Eko Wahyudi berkata, pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun itu menyatakan bahawa dia didatangi penduduk secara tiba-tiba ketika berdua-duaan dengan pelajar perempuan tersebut tanpa seurat benang.

Katanya, tindakan penduduk menyebabkan dia panik dan menekan pedal minyak sehingga menyebabkan keretanya melanggar tiang papan iklan dan sebuah kenderaan lain.

Eko menyatakan, polis belum mengetahui identiti orang yang diperkatakan oleh pelajar lelaki tersebut dan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tidak menunjukkan kelibat penduduk tersebut. 

“Kita masih menyelidiki (menyiasat). Kita memeriksa CCTV di sekitar lokasi, tidak ada (penduduk yang dimaksudkan pelajar tersebut). Kemudian kondisinya gelap,” ujarnya.

Beliau berkata, pelajar lelaki tersebut didapati tidak mempunyai lesen memandu dan kereta yang dipandunya itu ditahan polis. 

Pada Jumaat lalu, seorang pelajar perempuan dilihat keluar dari kereta tersebut sebelum meminta kain daripada pemilik kenderaan lain yang dilanggar bagi membolehkannya pergi ke hospital kerana kakinya patah dalam kejadian tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI