fbpx

Narendra Modi pemimpin paling popular di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 78 peratus responden bersetuju untuk mengangkat Modi sebagai pemimpin pilihan mereka - AFP

WASHINGTON – Satu kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah firma perunding dari Amerika Syarikat (AS) mendapati Perdana Menteri India, Narendra Modi disenaraikan sebagai pemimpin paling popular di dunia apabila beliau menerima penarafan kelulusan sebanyak 78 peratus, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menurut tinjauan dijalankan firma Morning Consult, sebanyak 78 peratus responden bersetuju untuk mengangkat Modi sebagai pemimpin pilihan mereka dengan hanya 18 peratus yang tidak bersetuju.

2022 menjadi satu tahun yang disifatkan sebagai ‘fenomena’ buat dasar luar India di bawah pentadbiran Modi yang pernah menasihatkan Presiden Russia, Vladimir Putin bahawa ‘kini bukanlah era perang’ sehinggakan ia menjadi perhatian di seluruh dunia, lapor akhbar Economic Times.

Seramai 22 pemimpin dunia terlibat dalam tinjauan pendapat untuk penilaian tersebut dan ia dibuat berdasarkan data yang dikumpul antara 26 hingga 31 Januari lalu.

Tinjauan selama tujuh hari itu dibuat ke atas penduduk dewasa di 22 buah negara tersebut dengan saiz sampel setiap negara adalah berbeza.

Selain Modi, tempat kedua menjadi milik Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador dengan skor sebanyak 68 peratus manakala kedudukan ketiga ialah Presiden Switzerland, Alain Berset dengan mendapat sebanyak 62 peratus markah.

Biden dilaporkan berada di tempat ketujuh dengan menerima skor sebanyak 40 peratus .

Perdana Menteri wanita pertama Itali yang baru dipilih, Giorgia Meloni menduduki tempat keenam selepas menerima skor sebanyak 52 peratus manakala Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berada di tempat keempat dengan penilaian sebanyak 58 peratus.

Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store; Presiden Korea Selatan, Yoon Seok-youl dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pula disenaraikan di tiga kedudukan terakhir dalam senarai itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI