fbpx

Lelaki hilang ditemukan mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dijumpai timbul kira-kira 100 meter dari jeti dia dilaporkan hilang iaitu di sungai berhampiran RPR Sibiew, Lorong B8, Bintulu

BINTULU – Kehilangan seorang lelaki ketika dalam perjalanan turun kerja terjawab apabila dia ditemukan mati lemas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat Billy Mathew, 20, dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 5.11 petang semalam.

Jelasnya mayat mangsa dijumpai timbul kira-kira 100 meter dari jeti dia dilaporkan hilang iaitu di sungai berhampiran RPR Sibiew, Lorong B8 di sini.

“Pasukan bomba dan polis kemudian membawa mayat mangsa menggunakan bot bomba ke Pusat Kawalan Bomba.

“Pihak ambulans tiba di lokasi dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa yang bekerja di sebuah restoran makanan segera di sini dilaporkan hilang pada Sabtu lalu, dengan beg sandang dan sepasang selipar miliknya dijumpai berada di jeti.

Kali terakhir ahli keluarga melihat mangsa pada pukul 2 petang, Jumaat lalu semasa dia keluar bekerja. Mangsa juga dikatakan tidak pandai berenang.

Hasil penelitian melalui kamera litar tertutup (CCTV) kedai berhampiran, pada pukul 4 pagi Sabtu, ternampak kelibat mangsa melintas jeti tersebut namun tiada tanda-tanda mangsa keluar semula dari jeti. -KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI