KELUARGA Kardashian sememangnya terkenal dengan gaya hidup mewah, sesuai mengikut status mereka sebagai selebriti terkenal.
Selain Kim Kardashian dan Kylie Jenner, kakak mereka, Kourtney Kardashian juga sering menjadi tumpuan media gara-gara gaya hidupnya yang penuh kontroversi.
Terdapat satu fakta menarik tentang Kourtney apabila wanita itu tidak mengizinkan penggunaan alat ketuhar gelombang mikro (microwave) di dapur rumahnya.
Peraturan aneh itu ditetapkan Kourtney kerana mahu menjalani kehidupan sihat tanpa menggunakan peralatan elektronik yang barangkali boleh mengurangkan zat makanan dan menjejaskan tubuh badannya.
“Microwave dilarang sama sekali berada di dapur rumah saya kerana peralatan itu tidak menyihatkan,” ujarnya seperti yang dipetik dalam majalah People.
Sebagai ganti, selebriti berusia 43 tahun itu akan menggunakan oven pemanggang roti atau dapur konvensional untuk memanaskan makanannya.