fbpx

Khairul Nizam juara ATNM2, bawa pulang RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL ketika diumumkan sebagai juara ATNM2 malam tadi.

PETALING JAYA – Durian runtuh buat penghibur jalanan, Khairul Nizam apabila dinobatkan sebagai juara All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 pada pentas akhir yang berlangsung malam ini.

Pada pusingan akhir, Khairul yang mendendangkan lagu Aku Yang Tersakiti nyanyian asal Judika mengalahkan pencabar terdekatnya, Jesper Nimoi.

Menewaskan seramai 15 finalis lain pada pusingan akhir ATNM2, Khairul bersyukur kerana usahanya selama ini membuahkan hasil sehingga bergelar juara.

“Terima kasih, sudah lama saya nak masuk dalam bidang ini (nyanyian) sebab saya memang suka menyanyi.

“Dulu saya sentiasa mencuba tetapi akhirnya sudah berjaya hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga berterima kasih kepada kesemua 50 juri ATNM2 kerana memilihnya sebagai juara program yang bersiaran selama lapan minggu itu.

“Terima kasih kepda semua juri kerana menyokong saya.

“Insya-Allah, saya akan cuba mencipta nama dalam negara dan membawa muzik serta lagu bernafas baharu untuk industri kita,” ujarnya.

Sepanjang bersiaran, kesemua peserta ATNM2 dinilai seramai 50 juri terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara tanah air.

Antaranya ialah Ajai, Datuk Aznil Nawawi, Shila Amzah, Rozita Che Wan dan Marsha Milan.

Sementara, Datuk Syafinaz Selamat pula bertindak sebagai Kapten Juri ATNM2, manakala Sherry Alhadad menggalas tugas sebagai pengacara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI