fbpx

Ikan pari terbesar dunia dilekatkan tag bagi pantau pergerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penyelam menyelam dekat seekor ikan pari smalleye di Lautan Pasifik. - Marine Megafauna Foundation

MAPUTO  – Sebanyak 11 ekor ikan pari paling besar dan jarang dilihat daripada spesies smalleye atau Megatrygon microps dilekatkan dengan tag akustik bagi memantau pergerakannya di Mozambique baru-baru ini.

Menurut laman Forbes kelmarin, penyelidik  Yayasan Megafauna Marin (MMF) percaya bahawa pari spesies itu diancam penggunaan jaring insang dan pukat.

Selepas berminggu-minggu melakukan tinjauan di luar Kepulauan Bazaruto, seorang penyelam National Geographic Explorer, Andrea Marshall akhirnya ternampak seekor pari tersebut di kawasan air cetek baru-baru ini.

Wanita itu menyentuh hidupan laut tersebut yang memiliki panjang 1.82 meter dan mengambil sampel kulitnya.

Ikan pari itu kekal tenang sepanjang prosedur tersebut. Haiwan marin itu mempunyai sengatan dan nyawa Andrea boleh terancam sekiranya dia tersilap langkah.

Data awal menunjukkan ikan pari itu boleh menyelam pada kedalaman lebih 198 meter dan berenang sejauh ratusan kilometer dalam sehari.

Penyelidik-penyelidik  berharap penandaan ikan pari tersebut akan memberikan jawapan bagaimana ia boleh mengembara sejauh itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI