fbpx

EPL: Langkah kanan Sean Dyche di Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TARKOWSKI (kiri) muncul wira Everton apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika mereka menewaskan Arsenal kelmarin. – AFP

LIVERPOOL – Everton mencatat kemenangan pertama mereka sejak Oktober lalu sekali gus menyaksikan Sean Dyche memulakan tugas sebagai pengurus pasukan itu dengan langkah kanan apabila berjaya mengejutkan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal kelmarin.

Dyche mengakui bahawa beliau tidak mempunyai sebarang sentuhan magis, namun keha­dirannya berjaya memberikan impak yang besar apabila James Tarkowski muncul wira apabila meledak gol tunggal perlawanan tersebut.

Jaringan tersebut merupakan gol pertama dijaringkan Tarkowski sejak menyertai Everton dari Burnley sekali gus me­nyaksikan mereka menamatkan aksi tanpa sebarang kemenangan dalam 10 perlawanan bagi semua kejohanan.

“Saya gembira dengan kemenangan ini. Ba­nyak kerja yang telah kami lakukan sepanjang minggu ini dan kejujuran pemain untuk mengembalikan maruah pasukan ini sangat bermakna buat kami semua.

“Jika anda tanya apa perancangan kami selepas ini. Kami bukan hanya mahu menyekat pasukan lawan membolosi gawang kami, sebaliknya kami yang mahu mele­takkan bola ke dalam pintu gol mereka.

“Kami (barisan kejurulatihan) cuba memberikan seberapa banyak maklumat dan para pemain dapat menerimanya. Para penyokong juga sangat penting buat kami dan para pemain perlu memberikan yang terbaik buat mereka,” jelasnya.

Rekod sebelum ini menyaksikan Dyche berjaya mengemudi pasukannya mencatat dua kemenangan dan tiga seri dalam enam pertemuan terakhir menentang The Gunners, manakala Everton pula berjaya meraih kemenangan ketiga berturut-turut menentang pasukan dari utara London itu di Goodison Park. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI