fbpx

‘Entrance rumah’ halang laluan jalan, susahkan penduduk lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik rumah yang membuat pengubahsuaian sehingga menghalang lalu lintas penduduk setempat.

PETALING JAYA – Tindakan pemilik rumah membuat ‘enterance rumah’ hingga ke jalan utama undang tidak senang dalam kalangan penduduk setempat.

Seorang pengguna Facebook Azi Melon yang berkongsikan beberapa keping gambar menunjukkan tindakan pemilik sebuah rumah difahamkan di Seremban, membuat pengubahsuaian tidak mengikut spesifikasi oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sehingga menyusahkan orang ramai ingin menggunakan jalan dikawasan tersebut.

“Dulu masuk lorong, ada dua kereta tiada masalah pun. Sekarang separuh sudah ‘disakau’. Bila ada jiran baru buat binaan macam ni, laluan jadi terganggu lagi-lagi kalau ada kereta lain ‘parking’ di lorong.

“Hari itu, ade kereta lain masuk, tiba-tiba berhenti tengah lorong, kami terpaksa lalu atas ‘entrance’ dengan kereta yang senget.

“Bahaya pada sesiapa yang tak tahu ada ‘entrance to heaven a.k.a kayangan’ ni. Haritu lori nak hantar perabot dia (pemilik rumah), ‘parking’ betul-betul depan ‘entrance’. Dah tu saya pula kena mencelah sikit. Kalau tak boleh lalu, terpaksalah buat pesta hon untuk meminta laluan,” luahnya.

Beliau berkata, tindakan pemilik rumah itu juga turut menyusah syarikat konsesi pembersihan untuk melakukan aktiviti memungut sisa pepejal dikawasan tersebut.

“Lori sampah hanya berhenti depan lorong, pemungut sampah bawa tong ke depan,” ujarnya.

Beliau meminta agar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi Datuk Mohamad Taufek Abd. Ghani untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik rumah berkenaan. – KOSMO! ONLNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI